Want your
own Fotopage?












 
isadariah's FotoPage

By: isadariah suardi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 15-Jun-2008 19:42 Email | Share | Bookmark
Manik Seluar .....

Hadiah utk As
leher pun berkilau-kilau
lengan pun x ketinggalan
Assalamualaikum…n selamat sejahtera.

Terlebih dahulu nak minta maaf coz lama x update coz buzy dgn birthday ank, layan mertua g selama 2 minggu n pergi ke JB utk majlis perkahwinan bestfriend yg bernama As.

Kali ini saya nak bercerita mengenai pengalaman saya mula-mula terlibat dalam dunia jahitan manik. Setelah mengetahui asas-asas menjahit manik, saya pun bertekad untuk mengiklankan sekiranya ada sesiapa yang berminat membuat tempahan untuk menjahit manik. Maklumlah, masa tu baru jer berhenti kerja kerana mengandungkan anak pertama saya dan sudah tentu perasaan boring yang tahap maksima.

Setelah selesai membuat fliers, saya pun pergi menampal fliers2 dan memasukkannya ke dalam peti2 simpanan di kawasan kejiranan. Hari pertama saya menunggu sekiranya ada sesiapa yang akan menghubungiku bertanyakan mengenai fliers2 yang saya telah edarkan. Namun, tiada. Hari ke dua, ke tiga, ke empat dan seterusnya, masih tiada sebarang panggilan mengenai tempahan menjahit manik saya terima. Akhirnya saya malas mengharap lagi. Namun hal tersebut saya adukan kepada suami kerana kecewa dengan 200 keping fliers yang saya edarkan langsung tiada maklum balas. Suami hanya memujuk dan menasihati agar saya tidak berputus asa.

Pada keesokan harinya, saya menerima satu panggilan daripada seorang lelaki yang bertanayakan tentang tempahan menjahit manik.
“Saya dapat tahu sekiranya puan boleh menjahit manik pada baju kurung, betul ke?” Kata si pemanggil.
“ Ye, saya!”. “ Puan boleh jahit manik pada selain baju kurung tak,misalnya baju kebaya ke?”
“Selain baju kurung, baju kebaya, baju pengantin, gaun, tudung dan selendang biasa saya jahit…” Tambahku bagi meyakinkan si pemanggil. Dalam hati tertanya-tanya adakah dia seorang ‘bampok’ kerana suaranya yang bernada lembut. “Saya memang berminat, tapi…saya nak puan jahit manik pada seluar dalam saya boleh?”. Saya tergamam dan tidak berkata apa-apa. Tak tahu sama ada bersetuju ataupun menolak aje tempahan tersebut. “Hellooo...puan...puan nak tak?” talian di sana masih menunggu jawapan saya. Akhirnya saya menolak tempahan menjahit manik untuk seluar dalam lelaki tersebut dengan baik. Tiba-tiba suaranya tergelak mati-mati. Saya jadi pelik, kali ini suara orang tergelak itu seperti ‘familiar’ je. “Yang...ini abang lah...”. Geram saya pada masa tu tak tahula pada tahap mana. Yang pastinya saya membebel marah pada suami saya kerana mempermainkan saya. Kalau setakat menyamar jadi Mat Lembut dalam telefon tu tak pe lagi. Tapi ini siap minta jahitkan manik pada seluar dalamnya. Nampak sangat nak kenakan saya. Tapi kemudian dia minta maaf. Dia sengaja bergurau macam tu kerana kesiankan saya yang kebosanan di rumah di tambah pula saya tidak henti-henti berharap menerima panggilan untuk tempahan jahitan manik.

Sekarang, setiap kali nak memulakan menjahit manik, saya pasti teringat usikannya untuk menjahit manik pada seluar dalam. Bagaimana la agaknya nak jahit manik pada seluar dalam. Tak dapat bayangkan.






Quote:
TQ pd Serina coz melawat FP ni. Juga coz nasihat yg memberi semangat.Walaupun x dpt ramai customer, namun saya seronok menjahit manik ni sebagai hobi.Lebih2 lagi sentiasa dpt bersama n mengewasi anak lelaki saya yg berumur 2thn 3 bulan yg sememangnya aktif. Kadang-kala dia turut membantu saya mengira setiap butir manik bila saya menjahit. Geramnya saya bila kita sibuk menjahit dia sibuk menghamburkan manik2 saya. So bagi dia tugas kira setiap butir manik n masukkan dlm tray.

Quote:
Beuty&thebeads,Glemstrz~tq 4 visit my FP
Ija Shariza~Tq lwt FP ni,my hubby kalau tgk muka,x de sape berani tegur...tp kalau dtg biulnya,mengalahkan penghuni di Tjg Rambutan..sy pn nak kwn Ija jg...
Nor~kah..kah..kah..bgs gak idea tu...msti dia trkjt giler bl tgk smua sluar dlmny bermanik2...tp seluar dlm buat apa nak lawa2...bkn org tgk pun,lg pun x de sape tau pun sluar dlmny ada manik2 yg colourful n cantik...hny wife die jer yg tgk...

hi isyada...thanks sudi visit my FP..tergelak sy pagi ni baca entry u..jahit manik seluar dalam??? lawak gak hubby u ye... btw, lawa jahitan manik u...kemas n nice..jgn putus asa ye..sy pun kena bekerja keras baru la nmpk hasil...yg penting u tayang hasil2 u baru la org nampak n yakin dgn kebolehan u..gd luck k. Mon 16-Jun-2008 01:05
Posted by:serina  - [Link]
Welcome to the world of beading!
___________________________________________________________________________
LoVe BeAdS n SeQuiNs?
take a peep at http://beautynthebeads.fotopages.com
Tue 24-Jun-2008 04:53
Posted by:Beauty&TheBeads  - [Link]
saya suka la dengan cerita isyada ni...kelakar n lain dari pengalaman orang lain..tapi memang tak boleh putus asa.saya dah menjait manik selama 10 tahun tapi tak pernah terbuka hati ambik tempahan sampaila baru2 ni kawan baik saya mdesak untuk saya jait bajunya..dia kata design saya kreatif n fresh..sampai la sekarang dia memang pelanggan setia saya setiap bulan mesti anta.meh la jenguk hasil kerja saya Sat 28-Jun-2008 01:23
Posted by:glamstarz  - [Link]
HAHAHAHAHAHAHAH
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHA
KLAU AKAK NAKTAHU..,,,SY MMG TENGAH GELAKKK GLER NI...SABAR YEA...ADA REZEKI TAK KEMANA.......YAKIN CUBA.....CERITA NI BOLEH BAKAR SEMANGAT LAH. CRITA NI BUAT SY TERTARIK NAK KAWAN DNG AKAK.....SALAM KENAL...
Tue 8-Jul-2008 01:17
Posted by:ija shariza  - [Link]
hahaha...kelakarnya citer ni...nakal jugak suami isyada yer...ape kata dalam diam2 isyada jahitkan manik kat seluar dalam dia n bungkus cantik2,jadikan hadiah untuknya...ok tak idea ni
senang2 datanglah jengok ke; http://pekanrabu.yforum.biz.
Sat 12-Jul-2008 14:57
Posted by:Nor mamarus68@gmail.com  - [Link]
tumpang iklan ye tuan rumah..jemput ke http://www.jajakraf.com dan http://jajakraf.fotopages.com utk handmade craft yg unik dan menarik Fri 5-Sep-2008 02:34
Posted by:jaja truly_jaja@yahoo.com  - [Link]
asskm....nak tanya alamat kat mana nak antar bju untk jahit manik......




Sun 18-Oct-2009 12:20
Posted by:kak nor arip_soh09@yahoo.com
Nor orang mne..???? Sun 18-Oct-2009 12:22
Posted by:kak nor arip_soh09@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.